Nov 30, 2020

isteri solehah

. Nov 30, 2020 .







‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ Riwayat Muslim (715)


Nabi SAW bersabda;

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktunya, menyempurnakan puasa Ramadhannya, memelihara farajnya (dari zina) dan mentaati suaminya, (di akhirat nanti) akan dikatakan kepadanya; 

'Masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu mahu'".

(Musnad Ahmad; 1661 (dari Abdurrahman bin 'Auf RA). Soheh Ibnu Hibban; 4163 (Dari Abu Hurairah RA). Menurut pentahqiq (Sy Syu'aib al-Arnaut RHM); hadis soheh).

sahabat rapat pernah cakap
" kita beruntung dapat isteri yang solehah"

Abi sayang ummi

Alexumar
#sayangisteri
Klang

(Read More..)

Oct 31, 2020

Dunia ini hanya jambatan

. Oct 31, 2020 .





Semoga Allah swt selalu memberi bantuan dan petunjuk dalam kita melintasi jambatan kehidupan ini.

(وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَیۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ)

Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
[Surah Al-Baqarah 197]

(Read More..)

Sep 30, 2020

mana pergi malu?

. Sep 30, 2020 .



Imam Ibnu al-Qayyim berkata dalam Al-Jawab Al-Kafi Liman Saala 'An ad-Dawa' al-Syafiy:


وَمِنْ عُقُوبَاتِهَا : ذَهَابُ الْحَيَاءِ الَّذِي هُوَ مَادَّةُ حَيَاةِ الْقَلْبِ ، وَهُوَ أَصْلُ كُلِّ خَيْرٍ ، وَذَهَابُهُ ذَهَابُ الْخَيْرِ أَجْمَعِهِ .
Antara kesan buruk daripada dosa ialah: Hilangnya perasaan malu yang mana ia merupakan satu komponen daripada hati. Ia merupakan asal kepada setiap kebaikan. Hilangnya rasa malu membawa kepada hilangnya keseluruhan kebaikan.


وَفِي الصَّحِيحِ عَنْهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنَّهُ قَالَ : الْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ .
Dalam hadis yang sahih, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sifat malu itu baik pada keseluruhannya. [Sahih Muslim]


Kata Ibnu al-Qayyim lagi:
وَالْمَقْصُودُ أَنَّ الذُّنُوبَ تُضْعِفُ الْحَيَاءَ مِنَ الْعَبْدِ ،
Ia bermaksud dosa-dosa akan melemahkan sifat malu daripada seseorang hamba.
حَتَّى رُبَّمَا انْسَلَخَ مِنْهُ بِالْكُلِّيَّةِ ،
hinggakan boleh jadi sifat malu itu akan hilang kesemuanya daripada diri seseorang,
حَتَّى إِنَّهُ رُبَّمَا لَا يَتَأَثَّرُ بِعِلْمِ النَّاسِ بِسُوءِ حَالِهِ وَلَا بِاطِّلَاعِهِمْ عَلَيْهِ بَلْ كَثِيرٌ مِنْهُمْ يُخْبِرُ عَنْ حَالِهِ وَقُبْحِ مَا يَفْعَلُ ، ،
hinggakan sesungguhnya boleh jadi dia tidak lagi terasa apa-apa apabila manusia mengetahui tentang perlakuan buruknya,
bahkan ramai manusia yang diberitahu tentang halnya dan perkara buruk yang dia lakukan,
وَالْحَامِلُ لَهُ عَلَى ذَلِكَ انْسِلَاخُهُ مِنَ الْحَيَاءِ ،
yang menyebabkan dia jadi begitu ialah kerana hilangnya perasaan malu.
وَإِذَا وَصَلَ الْعَبْدُ إِلَى هَذِهِ الْحَالَةِ لَمْ يَبْقَ فِي صَلَاحِهِ مَطْمَعٌ
Apabila seseorang hamba sudah sampai ke tahap ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk mengharapkan dia menjadi baik


ini bukan malu apa bossku

(Read More..)

Aug 31, 2020

setiap orang berbeza

. Aug 31, 2020 .




dalam kita berjumpa ramai orang
dalam kita berurusan dgn pelbagai ragam

pasti ada ungkapkan dan persoalan yg buat kita tertanya

"kenapa ye mereka berperangai macam ni?
"mereka ni tak blajar ke?"
"kenapa mereka ni pelik sngat?"
"kenapa mereka ni lain sangat ye?"

ucapan ucapan yg kalau tanpa asal usul boleh menjadi bibit-bibit pada sangka buruk dan dengki mendengki.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (١٢) يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).



ada orang pernah berpesan 
" Ana faham enta rasa apa yg mereka lakukan itu salah. Ana juga faham enta menyebut-nyebut perbuatan mereka itu kerana enta risau pada mereka."

" makanya ayuh kita pergi pada mereka dan kita tegur dgn hikmah, dan kita letak diri kita untuk mereka jika mereka perlukan bantuan"

"dlm masa kita menasihati, kita juga beri solusi dan jalan keluar dan juga kita beri bantuan dari diri kita untuk mereka"


jgn kita hanya sekadar habis air liur kutuk orang dapat dosa

(Read More..)

Jul 31, 2020

mahu yg terbaik untuk anak

. Jul 31, 2020 .



membaca penulisan penulisan dahulu. 
aku sedar aku agak rebellious (baca: naif)

selalu sahaja rasa pendapat kita paling betul. cara orang lain selalunya salah dan tidak sesuai dengan kita
selalu sahaja menyalahkan ibubapa kita

" Ummi dan abah buat semua ni untuk kebaikkan awak umar. Awak ikut sahaja jgn byk tnya"
"Ummi dan Abah tak nk awak susah macam ummi abah dulu"

Waktu itu aku sememangnya aku tidak faham. Pasti aku terus rebellious (baca : naif)


Sekarang usia sudah dewasa (baca: tua), aku ada tanggungan dan amanah yg Dia berikan.
Sudah tentu aku mahu yg terbaik untuk anak-anak aku, dan isteri (isteri) aku.

Selepas hampir 20 tahun. baru aku sedar
Selepas buat seribu satu salah
Selepas sakit pedih kehidupan

Aku sedar
aku sedar aku tidak mahu anak anak aku sedikit pn rasa sama susah macam aku
aku tidak mahu anak anak aku rasa sakit yg aku lalui kerana sakit itu perit
aku tidak mahu anak anak aku sama seperti aku.

aku mahu mereka dapat yang lebih baik

seperti mana ummi dan abah aku mahukan yg terbaik untuk aku


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]




لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]

(Read More..)

Jun 30, 2020

cari ilmu yg sahih

. Jun 30, 2020 .

Mencari semula jiwa dalam penulisan. Insyallah semua akhlaq dan perbuatan baik perlu dipupuk kemabali

Amalan suka membaca. Perlu ditanam dari kecil.


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)

Kita sering ingat ilmu kita sudah cukup. Amalan kita sudah tepat dan Doa2 kita dah cukup sahih

betul ke?

atau kita mengikut ikut tanpa ada "pemahaman" dalam amalan kita

Apa yang dimaksudkan dalam Pemahaman itu?
tahu sesahihan amalan kita. Tahu hadis dan dalil berkenaan amalan kita

baru kita yakin amalan kita amalan yg Rasulullah buat.
baru kita yakin amalan kita amalan yg benar!
bukan sekadar ikut ikutan

" aku buat amalan ini kerana ini ajaran orang tua ku"
"aku buat amalan ini kerana ini dah dibuat dari dulu"
"aku buat amalan ini kerana orang suruh aku"

Marilah kita perbaiki

"Amalan ini aku buat kerana ianya sahih dan aku telah menyelidik dan bertanya pada ahlinya"




Alexumar
masih terus merindui hanan
Klang

(Read More..)

May 30, 2020

terus berubah

. May 30, 2020 .


Assalamualaikum. Salam sejahtera

Bukan satu, bukan dua , tetapi tiga. TIGA TAHUN blog ini ditinggalkan

Media sosial berkembang laju. sangat laju sampai kita tak terkejar. Amalan dan norma sosial pn sangat berbeza dari dulu.

melihat (baca: membaca) post2 blog yang lama buat aku sedar byk sudah perubahan dan kelainan. Jangan lah kita mudah lupa.



إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).

byk perkara yang berubah.

moga kita sentiasa berubah kepada yg lebih baik

Alexumar 
Rantau Panjang

(Read More..)
 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com