May 30, 2017

Sedekah

. May 30, 2017 .

"Apa aku nak berbuka harini??!!"

Seperti biasa jemaah berbuka tak ramai di surau. Harini nmpk lebih lenggang dari biasa.

Harini nampak lain. Lebih tenang mungkin. Adam pandang ke langit. Langit makin suram. Waktu berbuka akan tiba.

"Apa aku nak berbuka harini??!!!" Kuat suara pakcik A.

"Pakcik, ape kes ni. Lapar sangat ke??" Adam cuba meredakan keadaan

" Selalunya si B ni sedeqahkan makanan berbuka utk surau. Harini tak ada pulak. Aku call tak angkat!!"

" Kalau nak sedekah pn ikhlas laa sikit. Jgn kejap ada, kejap tak ada. Tak nak sedekah pon fikir laa org lain sikit!!"

" Dah tuh! Aku kt surau ni nak berbuka apa??"

Adam terdiam.

Azan berkumandang.

Sunyi suasana surau harini. Tema berbuka agak ringan. Kurma, kuih muih, murtabak, nasi ayam bungkus, buah buahan, air teh panas, air bandung.

Adam menyapa muazzim. Bertanyakan keadaan ramadhan di kampung.

"Alhamdulillah. Ramai org terawikh. Tadarus pn ramai. Adam nak buat halaqah macam dulu-dulu? Pakcik boleh panggil adik adik kamu macam dulu"

Adam senyum. Adam mengangguk. Setuju.

"Orang macam ni mmg tak patut!!?. Ini aje nak berbuka??!" Pakcik A masih menyuarakan tidak puas hati.

Adam terdiam.


------------------------------------

*telefon berbunyi

"Adam, pakcik B meninggal dunia, tolong uruskan"

Allahu. Allahu. Allahu

Ramadhan. Ohh ramadhan






(Read More..)

May 27, 2017

Betul

. May 27, 2017 .

Anda semua betul

Semua benda yang anda buat betul

Semua perkara yg anda buat. Pasti ada alasan dan kefahaman. Yg membuatkan semua jadi betul

Anda semua betul

Beri seribu alasan dan pemahaman. Jikalau berdiskusi, provokasi, dan berbeza pendapat. Pastinya, Anda semua betul

Anda semua betul.

Hanya kerana anda ada sebab anda tersendiri. Kerana anda lebih tahu dari orang lain.

Anda semua betul.

Anda xperlu kisahkan mereka semua. Mereka tidak faham apa yang anda lalui. Kerana...

Anda semua betul.

Mereka tidak lalui apa yang anda lalui. Mereka tidak tahu. Oleh kerana itu, anda semua betul.

Berpandukan fikiran anda dan apa yg anda telah lalui. Anda tahu.

Anda semua betul.

Anda tak perlu berlandaskan apa apa. Agama, peraturan dan petunjuk. Semua itu tak faham keadaan anda.

Anda semua betul

Anda semua betul

Anda semua betul



Allahu. Allahu. Allahu.
Berilah petunjuk

Mencari yang benar.
Alexumar






(Read More..)

May 12, 2017

Kakak kakak

. May 12, 2017 .

Siapa tak tahu saat ini

" Assalamualaikum. Saya baru masuk ward ni. Nk mintak tolong sister buat orientation ward"

" Kak! Patient SOB kak. Nak buat apa!??"

" Akak. Patient ni nak ivd 4pint,repeat dxt bed 12, and bp hourly bed 15...eh?.. xpelah saya buat sendiri aje. Kesian akak bz. "

" Kak... kalau pergi beli makanan boleh tak jgn lupakan saya ni. "

" Kak, saya nk tido. Kalau org tnya. Bgtahu saya tgh busy. "

" Kak, boleh tolong pegang tangan. " (hulur tangan patient)

Selamat hari akak akak

Selamat hari jururawat

Selamat





(Read More..)

Terus mencuba

.

" kaki saya sakit. Saya tak boleh jalan. Saya memang ada kencing manis and darah tinggi. Tapi saya xde sakit jantung. Mcm mne saya boleh sakit kaki camni doktor!! "

Tanpa lengah. Terus terjah masalah utama.

Terkejut Adam. Muka separa hidup. Mata separuh buka. Tidur nya sememangnya tidak cukup. Perutnya sentiasa lapar. Kudratnya dihujung waktu.

" sakit kaki mcm mne. Boleh tunjuk saya" Adam cuba utk memujuk.

" sakit laa doktor. Ko xpaham ke sakit!!!. Nak tanya tanya apa lagi. Aku nk diri pon xboleh ni. Xyah laa tnya soalan2 bodoh cmni. Ko yang doktor. Aku ni org sakit !!!"

Merah padam muka pakcik. Nafas laju. Silap hari bulan, mungkin sahaja dia libas tangan ke arah doktor

" ko belajar pandai2. Tanya soalan bodoh!!!!" masih tidak putus asa. Terus maki.

Diam sahaja Adam. Wajahnya masih tenang. Menggunakan teknik pemerhatiannya sepenuhnya. Kata kata Adam sememangnya tidak laku untuk pesakit sebegini.

Adam masih mencuba. Mencuba untuk memberikan perkhidmatan perubatan yg terbaik. Dia masih yakin pakcik dtg kerana ada masalah. Bukan utk melepaskan marah dan maki.

" Saya nk tnya. Tapi pakcik janji jn jerit2. Jgn marah2. Saya disini hanya untuk bantu pakcik. " Adam masih mencuba

Pakcik angguk. Berat dia setuju. Wajah bengis masih tidak hilang.

"Pakcik pakai kasut saiz berapa?"

" Lapan" ringkas tapi penuh tanda tanya. Masih nak tanya soalan bodoh lagi?

" ohh. Dah tu knp pakcik pakai kasut anak pakcik ni. Kasut nk saiz 6"



...


Tidurnya masih tidak cukup. Matanya masih separa buka. Perutnya masih tidak di isi.

Adam terus mencuba

"Next patient please..."


#ApaLagiYangKamuMahu







(Read More..)

May 11, 2017

Motivated

. May 11, 2017 .

" patient is alert and motivated"

Bos aku selalu suruh aku explain apa maksud aku.

" ... and motivated "

Utk seorang yg sakit. Terlantar di hospital. Kiri kanan ada branula. Di sambung dgn IVdrip atau IV antibiotic.

Demam. Badan lenguh2. Batuk. Sakit dada. Nk bangun pun tak larat.

Sesuap nasi. Sesudu sup ketam. Seteguk air isotonik.

Semua tak mampu!

Setiap pagi. Pasukan perubatan. Yg diketuai specialist. Diiringi abg2 and kakak2 mo. Terkebil2 adik2 ho cuba mengejar gerak langkah laju specialist. Cuba utk memastikan pesakit menerima bantuan/rawatan perubatan yg terbaik

" makcik kena cuba bangun ke. Duduk. Jgn baring aje. Cuba laa makab sikit. "

" byk ubat makcik kena makan ni. Jgn tak nk makan ubat k "

" saya tahu makcik baru lepas operate tp kna buat physio. Mmg susah tapi utk kebaikkan makcik"

Untuk kebaikan kamu.

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS. 3:139)



Alexumar is alert and motivated
Satu langkah

(Read More..)

May 1, 2017

Kisah kesah

. May 1, 2017 .

Ini kisah nya

Mohon kesah

(Read More..)
 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com