" kaki saya sakit. Saya tak boleh jalan. Saya memang ada kencing manis and darah tinggi. Tapi saya xde sakit jantung. Mcm mne saya boleh sakit kaki camni doktor!! "
Tanpa lengah. Terus terjah masalah utama.
Terkejut Adam. Muka separa hidup. Mata separuh buka. Tidur nya sememangnya tidak cukup. Perutnya sentiasa lapar. Kudratnya dihujung waktu.
" sakit kaki mcm mne. Boleh tunjuk saya" Adam cuba utk memujuk.
" sakit laa doktor. Ko xpaham ke sakit!!!. Nak tanya tanya apa lagi. Aku nk diri pon xboleh ni. Xyah laa tnya soalan2 bodoh cmni. Ko yang doktor. Aku ni org sakit !!!"
Merah padam muka pakcik. Nafas laju. Silap hari bulan, mungkin sahaja dia libas tangan ke arah doktor
" ko belajar pandai2. Tanya soalan bodoh!!!!" masih tidak putus asa. Terus maki.
Diam sahaja Adam. Wajahnya masih tenang. Menggunakan teknik pemerhatiannya sepenuhnya. Kata kata Adam sememangnya tidak laku untuk pesakit sebegini.
Adam masih mencuba. Mencuba untuk memberikan perkhidmatan perubatan yg terbaik. Dia masih yakin pakcik dtg kerana ada masalah. Bukan utk melepaskan marah dan maki.
" Saya nk tnya. Tapi pakcik janji jn jerit2. Jgn marah2. Saya disini hanya untuk bantu pakcik. " Adam masih mencuba
Pakcik angguk. Berat dia setuju. Wajah bengis masih tidak hilang.
"Pakcik pakai kasut saiz berapa?"
" Lapan" ringkas tapi penuh tanda tanya. Masih nak tanya soalan bodoh lagi?
" ohh. Dah tu knp pakcik pakai kasut anak pakcik ni. Kasut nk saiz 6"
...
Tidurnya masih tidak cukup. Matanya masih separa buka. Perutnya masih tidak di isi.
Adam terus mencuba
"Next patient please..."
#ApaLagiYangKamuMahu
May 12, 2017
Terus mencuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment