Jul 31, 2020

mahu yg terbaik untuk anak

. Jul 31, 2020 .



membaca penulisan penulisan dahulu. 
aku sedar aku agak rebellious (baca: naif)

selalu sahaja rasa pendapat kita paling betul. cara orang lain selalunya salah dan tidak sesuai dengan kita
selalu sahaja menyalahkan ibubapa kita

" Ummi dan abah buat semua ni untuk kebaikkan awak umar. Awak ikut sahaja jgn byk tnya"
"Ummi dan Abah tak nk awak susah macam ummi abah dulu"

Waktu itu aku sememangnya aku tidak faham. Pasti aku terus rebellious (baca : naif)


Sekarang usia sudah dewasa (baca: tua), aku ada tanggungan dan amanah yg Dia berikan.
Sudah tentu aku mahu yg terbaik untuk anak-anak aku, dan isteri (isteri) aku.

Selepas hampir 20 tahun. baru aku sedar
Selepas buat seribu satu salah
Selepas sakit pedih kehidupan

Aku sedar
aku sedar aku tidak mahu anak anak aku sedikit pn rasa sama susah macam aku
aku tidak mahu anak anak aku rasa sakit yg aku lalui kerana sakit itu perit
aku tidak mahu anak anak aku sama seperti aku.

aku mahu mereka dapat yang lebih baik

seperti mana ummi dan abah aku mahukan yg terbaik untuk aku


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]




لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]

(Read More..)
 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com