May 24, 2008

. May 24, 2008 .


senyum.ketawa.tipu.pura2.ikhlas.sedih.susah.senang.gumbira dan lain lain


semua ada .

kita nk pilih apa?

(Read More..)

May 20, 2008

. May 20, 2008 .

nk xm dah.
doa

yakin .

jgn takut

(Read More..)

May 19, 2008

Kem Kebenaran

. May 19, 2008 .

a'kum . salam sejahtera teman blogger
setelah email aku dispam . tadaa...

www.kemanaksoleh.blogspot.com


makin mantap . makin berani dengan jentera penggerak yg tidak kenal lelah . demi melahirkan generasi rabbani . pencarian untuk FESI . mereka yg masih tidak tahu . digalakan mencuba . hubung silaturahim dan platform sebarkan kebaikkan

nyum3


makanya . tibalah saat bila kita diketemukan sesuatu keadaan . pastinya kita dalam keadaan ini untuk membuat keputusan . membuat langkah berani . ketika itu persimpangan antara kemahuan , kemalasan , keperluan dan keberanian .
mengetahui bahawa setiap langkah ada risiko nya . setiap jejak ada jatuhnya . setiap risiko ade sakitnya . apa yg perlu kita utamakan?

" buat aje . jgn pikir . pape jadi lepas nie . sama2 tanggung"
" ambil masa untuk berfikir . buat keputusan terbaik "

nyum3

bila kita tahu keputusan kita adalah keputusan yg salah ? bila kita tahu kita buat satu kesalahan? bila kita tahu yg kita patut ' tidak buat kuputusan itu?'
semalam pak najmir ( lect jiwa ) pernah mmberi bgtau

" kita buat benda tanpa mempunyai alasan yg kukuh . kita berselindung dalam alasan yg universal . tambahan lagi terlalu byk imitasi yg berlaku tanpa ada sebab2 yg kukuh . imitasi ini adalah kerana pengaruh ajakan media/iklan/propaganda"

" jika kita gosok gigi untuk membuang sisa makanan , kenapa kita hnya digalakkan gosok gigi tym bangun tido n seblum tido shj? "

" seperti biasa , kita takut untuk membuat benda baru , membuat benda yg betul tanpa ada dorongan . walau pun di yakini kebenarannya . "

nyum3

selepas tergelak dan sedikit sexual harrasment . kebykkan mahasiswa mengambil masa untuk makan dan berdiskusi .
"siapa ada masalah dengan keadaan ini? angkat tangan.."

sunyi ...
*angkat tangan



sedang bertungkus lumus . study cam orang pandai . tambah lagi memenuhi kata2
"study sampai idung berdarah .. "
skrang kan musim study . ade mereka yg tgh lepak . ade yg bz ngn KAS4 . sama-sama lah kita usaha tahap max . biar berbaloi .


usaha . dOa . tawakal . berserah

(Read More..)

May 10, 2008

Where is abi , umi?

. May 10, 2008 .

salam dan selamat sejahtera insan .
secara jujur . aku sangat lah kagum ngn abg amad . sempena

Ulang Tahun Ke - 4 : Dimanakah abi

di copy paste dari Master Dhuat

Dimanakah Abi
Verse

Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...

bridge

Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...


Chorus

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...


Prosa:Cpol (Karya asal) - http://cpol-blog.blogspot.com
Ritma:Ahmad
Vocal:Ahmad
Album:Pesanan kepada Dunia
Tahun Penerbitan: 2004



Saya diperkenalkan kepada Cpol oleh penerbit ulung kami Paiji - http://duadua.blogspot.com
Pada pembabitan awal dan hingga kini, kami membuat lagu kami pada jarak jauh.
Ya, saya dan Cpol jarang bertemu.

Hanya panggilan telefon dibuat agar saya dapat memahami isikandungan lirik yang telah diemailkan.

Apabila mendapat lirik Di manakah abi? (sekitar tahun 2004) jiwa saya tersentuh
dan meronta-ronta untuk segera merakamkan lirik yang puitis ini ke dalam bentuk pop nasyid.

Rakaman dibuat beberapa kali (baca:take) untuk mendapatkan jiwa(feel) yang sesuai.
Ada ketikanya saya sebak kerana tak boleh menyanyi dek liriknya yang begitu sayu.

Terima kasih buat Paiji dan ALUMNI HIRA' kerana dah 2 kali menjemput
insan yang tak seberapa ini untuk memeriahkan majlis kalian.

Saya masih ingat lagi, semasa di awal pembabitan saya membuat persembahan di AGM HIRA',
saya diiringi ahli kumpulan arraid yang mantap suaranya sebagai penyanyi latar.

Kali ke dua saya dijemput (ke sendiri jemput?) ke Alumni di tahun kesekian kalinya,
lagu ini pastinya menjadi lagu penutup/kemestian dek kekuatan jiwanya.

-Komentar Cpol (penulis Lirik)-

Ana diminta untuk menulis bagaimana lahirnya idea untuk menulis lirik lagu Di Manakah Abi oleh Amad. Terkedu juga bila membaca permintaannya itu, apatah lagi bilamana mengingatkan betapa lirik lagu tersebut (Di Manakah Abi) bukanlah suatu hasil kerja yang 'terlalu hebat' yang pernah ana buat. Tetapi untuk tidak menghampakan harapan seorang sahabat, ana coretkan sedikit dari mana ana mendapat ilham untuk menghasilkan lirik tersebut, dan sambil-sambil membaca, anda boleh mendengar lagu tersebut (hasil kreatif Amad) menerusi radioblog odeo di atas.

Berikut adalah catatan yang ana ambil dari ruangan comments blog Amad.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Dari mana ana dapat ilham untuk buat lirik 'di manakah abi'. Ianya berlaku ketika ana diminta oleh Amad (time tu, ana baru je kenal Amad - diperkenalkan oleh Paiji) untuk mencipta beberapa buah lirik. Antara lagu terawal yang ana buatkan untuk Amad ialah Kibaran Islam dan Di Manakah Abi. Cuma persoalannya, dari mana datangnya ilham untuk buat lirik Di Manakah Abi?

Ketika memandu untuk ke construction site di Bukit Jalil, ana terfikir untuk membuat lagu berkisar kepada kisah anak dan ibunya yang kehilangan bapa/suami yang gugur sebagai syuhada' di medan jihad. ana rasa, tidak banyak lagu-lagu seumpama ini (perjuangan, jihad) dibuat, dan barangkali keluarga para syuhada Memali khasnya, tentu merindui lirik-lirik lagu yang boleh menyejukkan keresahan dan kesedihan mereka.

Ana kemudiannya, teringat sebuah lagu dari album Soutul Jihad sekitar tahun 90-an, yang berkisarkan kepada tema yang sama -dialog seorang anak mencari ayahnya.

Lantas, ana mula mencari pena dan kertas, dan segala-galanya bermula di sini....

Ketika menulis lirik, apa yang terbayang di fikiran ialah betapa sayunya (dan sukarnya) hati seorang ibu untuk menerangkan (atau lebih tepat-mengisahkan) apa sebenarnya yang terjadi kepada anaknya yang kecil, yang masih dahagakan kasih seorang yang bergelar bapa! (Sudah pasti anak itu tertanya-tanya, kenapa aku tak punya bapa seperti mereka yang lain).

Dan ana terus membayangkan keadaan tersebut (untuk mendapatkan feel dan idea sebelum diterjemahkan ke atas kertas).

Sehinggalah akhirnya, lirik tersebut dapat disempurnakan - thanks Amad atas kepercayaan yang diberi :)

That's All...

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

-Cpol-


Seterusnya kami disokong oleh penulis kreatif si miawsoleh - http://karyamuslim.blogspot.com

Ya, beliau telah mencerpenkan lagu kami.


"Di manakah Abi?' - cerpen oleh Miawsoleh.


Dalam suasana malam yang damai, gelap malam hanya diwarnai sinaran rembulan Di teratak sepi yang tidak terlalu mewah dan juga tidaklah terlalu daif tinggal di dalamnya dua orang insan yang dihimpit kesepian, sesepi teratak yang dihuni. Seorang ibu yang juga isteri yang suaminya telah di humban ke dalam tahanan ISA, tahanan tanpa proses perbicaraan yang layaknya digunapakai oleh sang penguasa di rimba raya kerana dituduh ingin menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Namun begitu si ibu ini begitu tabah menghadapi ujian yang berat ini. Aduhai, tabahnya seorang isteri, hasil tarbiah yang telah diberikan oleh suaminya sepanjang mereka bersama dahulu. Namun sejauh manalah tabah seorang isteri yang juga seorang ibu ini bila mengenangkan si anak yang masih mentah dan belum mahu mengerti hakikat perjuangan dan sepak terajang politik, anak kecil yang terpaksa berjauhan dari kasih sayang seorang bapa. Dan bertambah pilu hati si ibu tiap kali menjelmanya pertanyaan daripada si anak yang benar-benar menyentap hati naluri seorang ibu.

"Ummi, di manakah abi, ummi? Aiman rindukan abi."

Bukan pertama kali pertanyaan ini diungkapkan oleh si anak. Namun begitu tidak pernah jemu si ibu memujuk si anak agar mengerti akan apa yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang si ibu membelai pipi si permata suci yang menjadi teman pengubat sunyi, Jelas kelihatan getaran bibir si ibu menahan sebak dan pilu di jiwa, terasa berat untuk menerangkan tentang kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh suaminya kepada si anak.

"Aiman. Aiman sayang ummi kan? ummi kan ada. ummi masih boleh menjaga Aiman." Dalam getar suara menahan sebak, si ibu cuba sedaya upaya mencari titik-titik kekuatan, membina ketabahan jiwa agar ianya juga meresapi ke jiwa si anak yang masih 'hijau' ini.
"Aiman ingat lagi tak kisah nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda menjadi yatim piatu pada umur sebaya dengan Aiman. Sedangkan Aiman masih beruntung lagi tau sebab umi masih ada untuk menjaga Aiman. Lagipun abi masih ada lagi di dunia ini. Walaupun abi tidak bersama dengan kita tapi kita masih boleh ziarah abi."
"Tapi ummi, ramai kawan-kawan Aiman kata abi orang jahat. Sebab tu abi kena tangkap dan masuk penjara. Betul ke ummi abi Aiman orang jahat?"

Tersentak ibu muda ini bila mendengar pertanyaan yang bagaikan panahan petir yang cuba hendak meruntuhkan kekuatan jiwa yang baru dibinanya sebentar tadi. Tatkala itu mengalir lesu sebutir air mata si ibu mengenangkan sampai begitu sekali silap faham masyarakat terhadap suaminya. Dia lebih mengenali suaminya yang telah lama dikenalnya sejak dari mereka bergerak dalam jemaah lagi. Suaminya adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran namun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang penyayang dan disenangi oleh sahabat-sahabat seperjuangan.

"Aiman jangan salah faham. Tak semestinya orang yang kena tangkap, orang yang masuk penjara itu adalah orang jahat, penjenayah. Aiman tahu tak? Ramai ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim pada zaman dahulu telah dipenjarakan oleh pemerintah, bukan kerana mereka mencuri, bukan kerana mereka merompak, tetapi kerana mereka menyatakan kebenaran, menafikan kebatilan dan menegur kezaliman pemerintah."
"Jadi ummi, adakah abi dipenjarakan kerana abi menyatakan kebenaran?"
"Benar Aiman. Abi Aiman adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran, kuat tekad dan azamnya untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan islam di negara kita. Oleh sebab itulah abi tidak disenangi oleh pemerintah, lalu abi difitnah dengan tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan dengan cara perperangan."
"Aiman minta maaf ummi sebab pertanyaan Aiman tadi buat ummi menangis. Aiman berjanji ummi, Aiman juga ingin jadi macam abi bila besar nanti. Asalkan ummi redha anak ummi ini dipenjarakan."

Sayu hati si ibu apabila mendengar azam si anak kesayangannya, agak terubat kesedihan yang dialaminya sebentar tadi.

"Sudahlah tu, dah lewat malam ni, Aiman tidurlah, esok nak sekolah. Untuk jadi seorang pejuang islam Aiman kena ada ilmu. Biar ummi dodoikan."

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama zikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...

Malam itu lena benar si anak dibuai alunan nasyid dan zikir dari si ibu yang bukan sekadar alunan, tetapi tersurat sejambak harapan agar si anak menjadi anak soleh yang berjiwa mujahid suatu hari nanti. Bangunnya esok mungkin akan menjelma kembali persoalan yang sama. "ummi, di manakah abi?" Entahlah, si anak yang masih 'hijau' apalah yang hendak dimengertikan...

(Read More..)

takde idea

.

salam kepada semua insan .

sedang mendengar : Mirwana - Andai ku Pergi

ramai teman2 yg sedang xm sekarang . sedang penat dan tensen ngn buku yg bertimbun . hm . ade juga yg lepak tengah cuti . tgk tv sambil makan popcorn .

insyallah dOa ku utus dari bumi Padang . insyallah Dia tahu apa terbaik untuk kita .
"usaha tahap max , blajar sampai berdarah idung , cukup asyik tgk org berjaya "


makanya , semalam ngn tido lmbt buat keje , bangun lah insan tak cukup makan , mata sembab . dengan penuh dengan semanagt yg agak kurang . ke kelas . walaupun agak sedikit . penat . tapi ok laa . baik aje . ok laa .

"anda di minta untuk mnghabiskan kertas kerja anda . hanta hari ni .secepat mungkin . malam nie nk gak "
tak sempaat balik umah , tak sempat tukar baju , tak sempat pi makan pon . aku diseksa dengan kerja yg bertimbun akibat insan2 lain yg suka tangguh2 keje .

dari pagi . pukul 1 pagi aku pulang ... bangun pagi buat lagi . tapi kali ini lebih baik .

(Read More..)

May 1, 2008

angan dan mimpi

. May 1, 2008 .


dalam dunia angan angan . seorang budak mengimpikan supaya semua ahli rumahnya bersenam mengelilingi kota bermula jam 630pg .
dengan merasakan aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara ahli rumah . beliau sangat2 lah mempromosikan angan beliau ini

semua bermula dengan mimpi beliau. setelah hampir setahun tinggal berlima pada awalnya bagaikan orang asing . temu tidak tegur dan sebelah mata pon masih belum pasti mahu pandang .
tetappi masa mengubah segalanya . dengan ber asaskan respek dan fun . mereka menjadi antara rumah yg mmperlihatkan kesatuan antara ahli rumah yg tiada bandingannya .
"saya tahu rumah ini ada malayu , india , n china . tapi kita semua manusia . respek each other "

dengan bangga nya budak india ini bangun dari tidur . dan tersenyum . kegembiraan masih jelas dimuka air nya .
"aku mimpi . kita pergi kelas cam 1st day dulu . pakai baju putih . jalan sama "
menceritakan sebahagaiann dari mimpi laila nya kepada ahli rumah , mmbuatkan ahli rumah memandang antara satu sama lain . terkesima .
terasa bahawa mereka memikirkan benda yg sama . sejak awal dahulu . byk benda berlaku . byk kejadian menimpa . byk benda berubah .
antaranya kita merasakan kita tidak serapat dahulu . semua dapat merasakan itu .
"aku rasa mimpi ko mungkin jadi kenyataan "

esok nya . mimpi jadi knyataan . penuh dengan perasaan bangga . yakin dan tidak rasa malu . yg ada cuma rasa kesatuan dan kesefahaman .
tidak kesah jika di pandang pelik . di tenung jelek . kami semua tahu ini kami di sini kesatuan persahabatan penting . n kami cba sedaya upaya menjaganya .

setiba di kelas . hnya satu perkataan mmpu di ungkapkan oleh semua orang . (selain poyo laa)
"kompak"
kami duduk . tenang . semua pandang kepada budak india mimpi ( oh! nma nya nor)
"mimpi ko jadi knyataan noor! . so ape jadi dalam mimpi ko selepas nie? "
"kita semua lima sahabat , sepak nathan "
(gelak)

bermula dengan mimpi .


seperti awal cerita ini . Nor mahukan ahlinya untuk bersenam . mngelilingi kota di sepanjang pantai indah . angin lautan Hindi mnghembuus . debu pasir hinggap di pipi .
mmpromosikan supaya semua orang bangun sebelum 630 pagi . dan bersiap .

kerana terlau excited . beliau mmberikankan nma Khusus sempena hari aktiviti2 ini . Hari Kartini . sempena rumah kami di Jalan Kartini .
pada malam hari Nor pergi ke setiap bilik ahli rumah untuk mengingatkan meraka

"Ikhlas!Muslim!esok bangun k . senang kejut aa!"
"Nathan! (cakap tamil . sori tak paham . samthing about jgn tak pergi esok ) "
"Chan!...u good chan.."

malam tuh dier tgh kan route mane yg sesuai untuk bersenam and jogging . Ikhlas n Nathan terpaksa keluar untuk mnghadiri forum . Chan ada date . yg tinggal hnya Muslim dan Noor .
Muslim tenang dalam bilik tgk komp murahnya .
"weih!ko nie dok dalam bilik aje . semua nk kuar ade hal . ko aje yg pemalas ." "so ko nk pergi mane?" "alamak!!...aku dah lmbat .. peace . aku balik lmbat taw!" "KUNCI PINTU!!!"


Melihatkan semua ahli begitu semngat untuk mnempuh hari esok . malam sebelum pon sudah sebok dengan byk benda . Muslim tenang duduk baca nota .
jam menunjukkan pukul 3 pagi . mereka masih belum pulang ...

muslim tertido


apa yg manusia biasa mimpi? . apa yg mereka mahukan paling? apa yg mereka rindu paling? . mimpi triggered by riaksi kimia dalam otak . mnghasilkan mimpi yg best atau tidak .
does mimpi tell us things? . do dreams tell us the truth ? ..bukan ke mimpi tu sebahagian dari otak kita berkomunikasi ngn kita .
dah lma tak mimpi .

"semalam tido ngn tenang . in the dream , saya di judge oleh orang lain . mereka menyatakan sesuatu yg bukan buat aku takut atau cuak . tapi ia buat aku terasa , terasa hati gile! ."
"macam setiap kata dalam mimpi tu , mlambangkan diri aku sebenar . macam otak aku marah aku for not being true to my self . selma ini aku tipu diri sendiri"

"For so long , kita tipu diri sendiri . sampai satu masa , diri kita , minda kita amuk . macam otak aku sedarkan aku . macam aku terima hidayah .... macam..."
"...macam ko tgh mimpi?" sengaja dipotong bicara
" macam ini peluang aku untuk berubah . "
"ape ko buat masa ko bangun ?"
"aku teduduk . sedih , konfius , paling pon sedar . ko dah blja blok neuro kan? bg idea . jelaskan skit "
(gelak)

terdengar perbualan semasa makan di ampera peveret aku . huhuh .

orang kata . mimpi jadi kenyataan . mimpi hnya cebisan dari kemahuan kita . mimpi itu crap! .
melihat semua..bagi aku , aku kata .
mimpi itu hnya mainan minda yg lemah



esok pagi . kedenganran lagu Mendung . tanda alarm Muslim berkumandang . bangun . sOlat . keluar bilik
semua masih tido . mendendangkan lagi waheeda
" bangun lah dari tidur ... buka mata ... pandang ke sana ... moga bejaya "

tido

mungkin ada mimpi dan angan yg juga tidak jadi kenyataan .


Alexumar bangun dari mimpi
Padang
0938

(Read More..)
 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com