Jul 29, 2012

tiga : Sinar Itu

. Jul 29, 2012 .

"bahagia yang sempurna perlukan lagi sikit masa."



SINAR INI 
Yasin / Maya Karin

(Read More..)

Jul 25, 2012

DUA

. Jul 25, 2012 .

MEMBACA ALQURAN
Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : 


Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap 
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, 
dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit 
dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu  yang tiada bau dan rasanya pahit.

( Riwayat Bukhari & Muslim )

Membaca alquran akan mnyebabkan cahayanya (nur) meresap dalam pembacanya. keindahan al-quran akan terus mekar dalam diri pembacanya.
Hadith menunjukkan, walaupon munafiq yang membacanya, Nur itu pasti akan terpancar. "baunya wangi"

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum;

 “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah.
Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud: 

“Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.”
 (Surah al-Tur, ayat 27)


sekadar peringatan untuk diri saya khusus.
ayuh membaca AlQuran di bulan Ramadhan Mubarak ini.dan beristiqamah dengan amalan

(Read More..)

Jul 22, 2012

satu

. Jul 22, 2012 .


SATU RAMADHAN
*aku bersyukur ada dua ramadhan. aku phobia perkataan "SATU"

"masa kita kecil dulu, bukan main seronok nak masuk ramadhan, tap skrang macam biasa aja" kata2 aku dengar saat menahan lapar dan dahaga

pada saat ini,
apa ramadhan ini bg anda?
apa yang seronok anda nanti pada ramadhan?

*tuliskan komen anda. kita semua manusia. sama2 selalu alpa. 


sikit - sikit . bukit menanti
AlexumaR
Cyberjaya


(Read More..)
 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com