Imam Ibnu al-Qayyim berkata dalam Al-Jawab Al-Kafi Liman Saala 'An ad-Dawa' al-Syafiy:
وَمِنْ عُقُوبَاتِهَا : ذَهَابُ الْحَيَاءِ الَّذِي هُوَ مَادَّةُ حَيَاةِ الْقَلْبِ ، وَهُوَ أَصْلُ كُلِّ خَيْرٍ ، وَذَهَابُهُ ذَهَابُ الْخَيْرِ أَجْمَعِهِ .
Antara kesan buruk daripada dosa ialah: Hilangnya perasaan malu yang mana ia merupakan satu komponen daripada hati. Ia merupakan asal kepada setiap kebaikan. Hilangnya rasa malu membawa kepada hilangnya keseluruhan kebaikan.
وَفِي الصَّحِيحِ عَنْهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنَّهُ قَالَ : الْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ .
Dalam hadis yang sahih, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sifat malu itu baik pada keseluruhannya. [Sahih Muslim]
Kata Ibnu al-Qayyim lagi:
وَالْمَقْصُودُ أَنَّ الذُّنُوبَ تُضْعِفُ الْحَيَاءَ مِنَ الْعَبْدِ ،
Ia bermaksud dosa-dosa akan melemahkan sifat malu daripada seseorang hamba.
حَتَّى رُبَّمَا انْسَلَخَ مِنْهُ بِالْكُلِّيَّةِ ،
hinggakan boleh jadi sifat malu itu akan hilang kesemuanya daripada diri seseorang,
حَتَّى إِنَّهُ رُبَّمَا لَا يَتَأَثَّرُ بِعِلْمِ النَّاسِ بِسُوءِ حَالِهِ وَلَا بِاطِّلَاعِهِمْ عَلَيْهِ بَلْ كَثِيرٌ مِنْهُمْ يُخْبِرُ عَنْ حَالِهِ وَقُبْحِ مَا يَفْعَلُ ، ،
hinggakan sesungguhnya boleh jadi dia tidak lagi terasa apa-apa apabila manusia mengetahui tentang perlakuan buruknya,
bahkan ramai manusia yang diberitahu tentang halnya dan perkara buruk yang dia lakukan,
وَالْحَامِلُ لَهُ عَلَى ذَلِكَ انْسِلَاخُهُ مِنَ الْحَيَاءِ ،
yang menyebabkan dia jadi begitu ialah kerana hilangnya perasaan malu.
وَإِذَا وَصَلَ الْعَبْدُ إِلَى هَذِهِ الْحَالَةِ لَمْ يَبْقَ فِي صَلَاحِهِ مَطْمَعٌ
Apabila seseorang hamba sudah sampai ke tahap ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk mengharapkan dia menjadi baik
ini bukan malu apa bossku
0 comments:
Post a Comment