dalam kita berjumpa ramai orang
dalam kita berurusan dgn pelbagai ragam
pasti ada ungkapkan dan persoalan yg buat kita tertanya
"kenapa ye mereka berperangai macam ni?
"mereka ni tak blajar ke?"
"kenapa mereka ni pelik sngat?"
"kenapa mereka ni lain sangat ye?"
ucapan ucapan yg kalau tanpa asal usul boleh menjadi bibit-bibit pada sangka buruk dan dengki mendengki.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (١٢) يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
ada orang pernah berpesan
" Ana faham enta rasa apa yg mereka lakukan itu salah. Ana juga faham enta menyebut-nyebut perbuatan mereka itu kerana enta risau pada mereka."
" makanya ayuh kita pergi pada mereka dan kita tegur dgn hikmah, dan kita letak diri kita untuk mereka jika mereka perlukan bantuan"
"dlm masa kita menasihati, kita juga beri solusi dan jalan keluar dan juga kita beri bantuan dari diri kita untuk mereka"
jgn kita hanya sekadar habis air liur kutuk orang dapat dosa
0 comments:
Post a Comment