Jul 25, 2012

DUA

. Jul 25, 2012 .

MEMBACA ALQURAN
Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : 


Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap 
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, 
dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit 
dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu  yang tiada bau dan rasanya pahit.

( Riwayat Bukhari & Muslim )

Membaca alquran akan mnyebabkan cahayanya (nur) meresap dalam pembacanya. keindahan al-quran akan terus mekar dalam diri pembacanya.
Hadith menunjukkan, walaupon munafiq yang membacanya, Nur itu pasti akan terpancar. "baunya wangi"

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum;

 “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah.
Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud: 

“Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.”
 (Surah al-Tur, ayat 27)


sekadar peringatan untuk diri saya khusus.
ayuh membaca AlQuran di bulan Ramadhan Mubarak ini.dan beristiqamah dengan amalan


assalamualaikum
dalam diam, kesibukan kerja harian, sedar dan tidak sedar, kenyang dan lapar. sudah Ramadhan ke lima.

" sepatutnya satu hari satu juzu'. tiga puluh hari, tiga puluh juzu'. khatam alquran" pesan abah.
rekod abah kata khatam 3 kali in ramadhan. jeles.

insyallah akan lebih istiqamah dalam amalan
Alexumar
Cyberjaya

4 comments:

Shawn Razaleigh said...

huhu tq umar :)

[ AlexumaR ] said...

thx for reading...

ramadhan mubarak!

Anonymous said...

Uma, orang munafiq pun Allah muliakan..syifa ni apa?

[ AlexumaR ] said...

kita ini hamba Allah yg sentiasa membuat kesilapan. Janji Dia dia kan mendengar Doa hambaNya yg bersungguh2 meminta padanya.

mendoakan agar sentiasa kita yakin.

sentiasa dalam jalan yg benar.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com