Mar 17, 2010

maafkan aku

. Mar 17, 2010 .

salam'alyk .

mmg lama tak update . insyallah mencuba menulis kembali .
alhamdulillah

Ketika manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang selalu aje mempengaruhi antara satu sama lain. positif nya pemaaf, lawan nya pemarah dan pendendam.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

selalu aja terdetik marah tiba2 . tidak menentu . berhentilah sebentar . sejenak berfikir . muhasabah dan refleksi . Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Biarpun perselisihan kecil , perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

tanamkan benih sifat pemaaf dalam diri kita

Alexumar
Cyberjaya

p/s : im happy for you . tahniah . ketepikan kisah lalu . mulakan hidup baru . pasti yg terbaik untuk kamu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com