Jan 28, 2009

berita hari ini~

. Jan 28, 2009 .

Berita Hari Ini

Dua gempa bumi landa Indonesia

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi melanda Indonesia, pagi ini, masing-masing di Utara Sumatera dan Barat Irian.

Di Sumatera, gempa yang dicatatkan berukuran 5.4 skala Richter berlaku jam 8.01 pagi di barat daya Padang, di 395 kilometer di barat Klang.

Gempa di Irian pula berukuran 5.2 berlaku jam 9.34 pagi di 901 kilometer di timur Ambon.

Jabatan Meteorologi berkata, kedua-dua gempa bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami di Malaysia. - Bernama

Israel lancar serangan udara ke terowong Gaza

BANDARAYA GAZA: Pesawat pejuang Israel hari ini melancarkan serangan udara dengan mengebom terowong di sekitar sempadan Semenanjung Gaza-Mesir yang didakwanya digunakan militan untuk menyeludup senjata.

Saksi memberitahu, bom dan misil yang besar dijatuhkan di sekitar terowong berkenaan tetapi tiada yang dilaporkan cedera.

Salah satu daripada tujuan serangan Israel ke atas Gaza selama 22 hari sehingga lebih 1,300 Pelestin terbunuh ialah untuk memusnahkan terowong berkenaan

Israel mendakwa terowong di sempadan itu digunakan puak Hamas untuk menyeludup masuk senjata termasuk roket yang digunakan untuk memerangi mereka. - AFP



kebetulan atau kita mmg sudah menjangkakannya? ...

2 comments:

mnmnur said...

wah. gempa bumi. tmpt bomar ok ke?

thaaqhib said...

er...ingat lagi gempa di hira'.. dan semua masuk musolla..tahajud..er~

~suka penampilan botak

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
http://alexumar.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com