kesian tgk kawan2 aku yg dalam kesusahan ni
Jan 23, 2025
TIGA. Kalah dan Salah
kesian tgk kawan2 aku yg dalam kesusahan ni
Dec 20, 2024
Aku nk cuba untuk kembali menulis
tulis pendek2 cukup
tak larat nk tulis panjang
tak larat nk baca panjang
harap aku sentiasa beringat
harap sentiasa ada orang ingatkan
harap aku mudah terima peringatan
Ya Allah ampunkan dosa2 ku
(Read More..)Nov 10, 2024
1. Pro and cons
melepaskan diri dari kebiasaan yg alpa dan salah
melepaskan diri dari memandulan fikiran hingga punah
membebasan diri dari berlumba perlumbaan orang lain
melepaskan diri dari menilai diri dari mata orang lain
melepaskan diri dari kemahuan dan kebiasaan orang lain
menjauhi persekitaran yg membanding dan menghukum
menjauhi persekitaran yg menghina dan sering diri tidak cukup
menidakkan kemahuan dunia yg melampuan dan berlebihan
menidakkan rasa tidak cukup dan tidak sempurna
melupakan kisah silam yg mengganggu dan memenatkan
ketepikan benci dendam yg sering menyekat
ketepikan risau masa depan yg tiada dalam genggaman
berhenti memberi alasan untuk keburukkan /atau kesilapan
berhenti mencari jalan senang untuk kehadapan
berhenti menipu diri hari esok akan bermula
berhenti menipu "hari ni last day"
cuba menghargai kebaikkan walaupun sedikit
terus menghargai usaha walaupun sakit
cuba beringat dan rendahkan diri
cuba terima nasihat walaupun ego teruji
fahami tanggungjawab dan belajar penuhi
bukan mengelak dan menuding jari
tahu tanggung jawab dan hak diri
jgn lupa pada mereke yg ada hak atas diri ini
kisah silam jadikan sempadan, bukan utk dijulang julang
biar jadi kekuatan untuk tempuhi hari akan datang
jgn mudah hanyut dgn kemegahan lama dan lapuk
kesukaran harini takkan terbayar dgn cerita lama dan lapuk
kesenangan dunia yg sentiasa kita cari
pernah tak rasa bukan itu yg terbaik untuk diri?
jgn sekali berburuk sangka pada Ilahi
merasakan tuhan tidak memberi rezki walaupn usaha bagai nak mati
merasakan diri paling patut dan paling wajib untuk diberi "berjaya" rezki
merasakan usaha ini Tuhan wajib bagi pulangan dan erti
Jgn lupa Dia Maha Mengetahui
apa yg baik dan buruk untuk diri
apa yg bagus dan apa yg dalam hati
apa yg disorok dan pendam dalam niat,
sebenarnya kita lupa dan dimahukan hanya dunia yg hanya sesaat
Jgn lupa tanggunjawab kita
pada diri dan insan sekeliling kita
USAHA dan terus mencuba itu perkara yg sentiasa
tiada alasan untuk berhenti dan tidak bermula
tiada alasan untuk diam dan pura pura lupa
lupa usaha tetap ada walaupun ujian melanda
usaha tetap walau hasilnya tidak seberapa
usaha tetap walaupun berat bahu dipikul
usaha tetap walau hati sakit dipukul.
USAHA TETAP
TETAP USAHA
Alexumar
masih berusaha
Jul 1, 2023
aku terjumpa gamba ni
aku nk komen sorang2, supaya aku masih igt
Usamah Othman: alhamdulillah dah kawin, keje shah alam, ada aje jmp. jarang2.
Azri iskandar: Master Surgery in UKM. harituh jmp masa ayah dia meninggal, sgt kurus. sedih pulak tgk dia macam tuh. teringat masa zaman HO, aku takkan mungkin lepas tanpa sahabat baik macam azri. dalam dan luar hospital dia tolong aku. Moga Allah permudahkan urusan dia mcm mana dia mudahkan urusan orang sekelliling dia
Fayyad: alhamdulillah dah kawin, cuma aku tak sempat nk pergi, dulu katanya keje BPLab.
Rahman sayuti: tak sure
Aqiel: tak sure, nmpk dlm Fb shj
fawwas: mutawif tersohor. hebat!
marwan zaidi: tak pasti, duduk kedah rasanya.
Amir Fathi Adenan: last tahu Dr di slim river/teluk intan.
Ibrahim zamani: katanya ada di johor, tapi bila smpi KL sure tak sempat nk jmp
muadz raji: tak sure
izzudin selamat: haidar kata din ada di ipoh,
fahmi fauzi: orang femes deco malaysia
haidar mahmud: mufti/mudir sekolah di ipoh.
fathin: masih ada di shah alam. roger aje
bazli : tak sure
muhammad Ali: tak sure
tayyib: s27
zaki: tak suke
azrul azlan: pomen terbaik. tq tolong aku masa exciden haritu kaget gak
afiq Abdullah: peguam tersohor shah alam
ibrahim juffri: Miri anak 5 haha
aiman raji: not sure
helmi: tak sure
basyir K : Dr di seremban dan putrajaya. orang besar seremban hah
zulkamal: masih arkitek terrsohor
Jannatulfirdaus: masih di jeram.
Sohaib : tak pasti
akhimullah: Dr berjaya di Klang
Mahfuz Mahmud: Bisnes dalam perladangan yg berjaya di Pulau Indah
Shukri Khalis: Dr di perak
Khairi: tak sure
nampak tak berapa ramai tak sure.
moga Allah tautkan hati kita dengan ALquran dan Sunnah
moga Allah kumpulkan kita semua berama di syurga insyallah
(Read More..)post ini untuk aku khususnya.
aku mahu ambil EXAM utk bekerja di NZ.
aku mahu
Doakan aku
untuk dipermudahkan urusan ke sana
untuk diberi kekuatan dan kudrat untuk membuat keputusan
untuk diberi ilham dan ketenangan hati dalam belajar dan menjawab exam
doakan aku.
aku risau
kepada Dia aku berserah
Alexumar
Klinik Bandaran Klang
(Read More..)May 1, 2023
peringatan ini untuk aku khususnya
Tanggungjawab kita sebagai seorang anak lelaki, adalah untuk menjaga ibubapa
Orang tua kita bukan sempurna. Mereka bukan malaikat
Orang tua kita manusia, tak lari dari salah dan silap. Mereka manusia
tapi
Orang tua kita tak pernah mahukan keburukkan utk kita (anak2)
Orang tua kita sentiasa memikirkan apa yg terbaik untuk kita
Cukuplah berdendam, cukuplah nk kesempurnaan dari orang tua kita.
Penuhi tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kita. Ambil kesah tentang mereka, berlaku baik terhadap mereka.
Pastikan depan Allah kita mampu jawab " aku sudah berlaku sebaikk mungkin untuk ibubapa aku"
Celakalah kau, buat ibubapa kalian sentiasa menanti kehadiran kau
Celakalah kau, buat ibubapa kalian tertunggu panggilan dan kepulangan kau
Celakalah kau, sengaja buat ibubapa mu terasa hati, atau sedih.
Celakalah kau!
(Read More..)
Nov 30, 2020
isteri solehah
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” Riwayat Muslim (715)
Nabi SAW bersabda;
"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktunya, menyempurnakan puasa Ramadhannya, memelihara farajnya (dari zina) dan mentaati suaminya, (di akhirat nanti) akan dikatakan kepadanya;
'Masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu mahu'".
(Musnad Ahmad; 1661 (dari Abdurrahman bin 'Auf RA). Soheh Ibnu Hibban; 4163 (Dari Abu Hurairah RA). Menurut pentahqiq (Sy Syu'aib al-Arnaut RHM); hadis soheh).
Oct 31, 2020
Dunia ini hanya jambatan
Semoga Allah swt selalu memberi bantuan dan petunjuk dalam kita melintasi jambatan kehidupan ini.
Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
[Surah Al-Baqarah 197]
Sep 30, 2020
mana pergi malu?
Imam Ibnu al-Qayyim berkata dalam Al-Jawab Al-Kafi Liman Saala 'An ad-Dawa' al-Syafiy:
وَمِنْ عُقُوبَاتِهَا : ذَهَابُ الْحَيَاءِ الَّذِي هُوَ مَادَّةُ حَيَاةِ الْقَلْبِ ، وَهُوَ أَصْلُ كُلِّ خَيْرٍ ، وَذَهَابُهُ ذَهَابُ الْخَيْرِ أَجْمَعِهِ .
Antara kesan buruk daripada dosa ialah: Hilangnya perasaan malu yang mana ia merupakan satu komponen daripada hati. Ia merupakan asal kepada setiap kebaikan. Hilangnya rasa malu membawa kepada hilangnya keseluruhan kebaikan.
وَفِي الصَّحِيحِ عَنْهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنَّهُ قَالَ : الْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ .
Dalam hadis yang sahih, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sifat malu itu baik pada keseluruhannya. [Sahih Muslim]
Kata Ibnu al-Qayyim lagi:
وَالْمَقْصُودُ أَنَّ الذُّنُوبَ تُضْعِفُ الْحَيَاءَ مِنَ الْعَبْدِ ،
Ia bermaksud dosa-dosa akan melemahkan sifat malu daripada seseorang hamba.
حَتَّى رُبَّمَا انْسَلَخَ مِنْهُ بِالْكُلِّيَّةِ ،
hinggakan boleh jadi sifat malu itu akan hilang kesemuanya daripada diri seseorang,
حَتَّى إِنَّهُ رُبَّمَا لَا يَتَأَثَّرُ بِعِلْمِ النَّاسِ بِسُوءِ حَالِهِ وَلَا بِاطِّلَاعِهِمْ عَلَيْهِ بَلْ كَثِيرٌ مِنْهُمْ يُخْبِرُ عَنْ حَالِهِ وَقُبْحِ مَا يَفْعَلُ ، ،
hinggakan sesungguhnya boleh jadi dia tidak lagi terasa apa-apa apabila manusia mengetahui tentang perlakuan buruknya,
bahkan ramai manusia yang diberitahu tentang halnya dan perkara buruk yang dia lakukan,
وَالْحَامِلُ لَهُ عَلَى ذَلِكَ انْسِلَاخُهُ مِنَ الْحَيَاءِ ،
yang menyebabkan dia jadi begitu ialah kerana hilangnya perasaan malu.
وَإِذَا وَصَلَ الْعَبْدُ إِلَى هَذِهِ الْحَالَةِ لَمْ يَبْقَ فِي صَلَاحِهِ مَطْمَعٌ
Apabila seseorang hamba sudah sampai ke tahap ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk mengharapkan dia menjadi baik
Aug 31, 2020
setiap orang berbeza
dalam kita berjumpa ramai orang
dalam kita berurusan dgn pelbagai ragam
pasti ada ungkapkan dan persoalan yg buat kita tertanya
"kenapa ye mereka berperangai macam ni?
"mereka ni tak blajar ke?"
"kenapa mereka ni pelik sngat?"
"kenapa mereka ni lain sangat ye?"
ucapan ucapan yg kalau tanpa asal usul boleh menjadi bibit-bibit pada sangka buruk dan dengki mendengki.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (١٢) يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Jul 31, 2020
mahu yg terbaik untuk anak
" Ummi dan abah buat semua ni untuk kebaikkan awak umar. Awak ikut sahaja jgn byk tnya"
"Ummi dan Abah tak nk awak susah macam ummi abah dulu"
Aku sedar
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]
Jun 30, 2020
cari ilmu yg sahih
Amalan suka membaca. Perlu ditanam dari kecil.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
Alexumar
masih terus merindui hanan
Klang
May 30, 2020
terus berubah
Assalamualaikum. Salam sejahtera
Bukan satu, bukan dua , tetapi tiga. TIGA TAHUN blog ini ditinggalkan
Media sosial berkembang laju. sangat laju sampai kita tak terkejar. Amalan dan norma sosial pn sangat berbeza dari dulu.
melihat (baca: membaca) post2 blog yang lama buat aku sedar byk sudah perubahan dan kelainan. Jangan lah kita mudah lupa.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
May 30, 2017
Sedekah
"Apa aku nak berbuka harini??!!"
Seperti biasa jemaah berbuka tak ramai di surau. Harini nmpk lebih lenggang dari biasa.
Harini nampak lain. Lebih tenang mungkin. Adam pandang ke langit. Langit makin suram. Waktu berbuka akan tiba.
"Apa aku nak berbuka harini??!!!" Kuat suara pakcik A.
"Pakcik, ape kes ni. Lapar sangat ke??" Adam cuba meredakan keadaan
" Selalunya si B ni sedeqahkan makanan berbuka utk surau. Harini tak ada pulak. Aku call tak angkat!!"
" Kalau nak sedekah pn ikhlas laa sikit. Jgn kejap ada, kejap tak ada. Tak nak sedekah pon fikir laa org lain sikit!!"
" Dah tuh! Aku kt surau ni nak berbuka apa??"
Adam terdiam.
Azan berkumandang.
Sunyi suasana surau harini. Tema berbuka agak ringan. Kurma, kuih muih, murtabak, nasi ayam bungkus, buah buahan, air teh panas, air bandung.
Adam menyapa muazzim. Bertanyakan keadaan ramadhan di kampung.
"Alhamdulillah. Ramai org terawikh. Tadarus pn ramai. Adam nak buat halaqah macam dulu-dulu? Pakcik boleh panggil adik adik kamu macam dulu"
Adam senyum. Adam mengangguk. Setuju.
"Orang macam ni mmg tak patut!!?. Ini aje nak berbuka??!" Pakcik A masih menyuarakan tidak puas hati.
Adam terdiam.
------------------------------------
*telefon berbunyi
"Adam, pakcik B meninggal dunia, tolong uruskan"
Allahu. Allahu. Allahu
Ramadhan. Ohh ramadhan
May 27, 2017
Betul
Anda semua betul
Semua benda yang anda buat betul
Semua perkara yg anda buat. Pasti ada alasan dan kefahaman. Yg membuatkan semua jadi betul
Anda semua betul
Beri seribu alasan dan pemahaman. Jikalau berdiskusi, provokasi, dan berbeza pendapat. Pastinya, Anda semua betul
Anda semua betul.
Hanya kerana anda ada sebab anda tersendiri. Kerana anda lebih tahu dari orang lain.
Anda semua betul.
Anda xperlu kisahkan mereka semua. Mereka tidak faham apa yang anda lalui. Kerana...
Anda semua betul.
Mereka tidak lalui apa yang anda lalui. Mereka tidak tahu. Oleh kerana itu, anda semua betul.
Berpandukan fikiran anda dan apa yg anda telah lalui. Anda tahu.
Anda semua betul.
Anda tak perlu berlandaskan apa apa. Agama, peraturan dan petunjuk. Semua itu tak faham keadaan anda.
Anda semua betul
Anda semua betul
Anda semua betul
Allahu. Allahu. Allahu.
Berilah petunjuk
Mencari yang benar.
Alexumar
May 12, 2017
Kakak kakak
Siapa tak tahu saat ini
" Assalamualaikum. Saya baru masuk ward ni. Nk mintak tolong sister buat orientation ward"
" Kak! Patient SOB kak. Nak buat apa!??"
" Akak. Patient ni nak ivd 4pint,repeat dxt bed 12, and bp hourly bed 15...eh?.. xpelah saya buat sendiri aje. Kesian akak bz. "
" Kak... kalau pergi beli makanan boleh tak jgn lupakan saya ni. "
" Kak, saya nk tido. Kalau org tnya. Bgtahu saya tgh busy. "
" Kak, boleh tolong pegang tangan. " (hulur tangan patient)
Selamat hari akak akak
Selamat hari jururawat
Selamat
Terus mencuba
" kaki saya sakit. Saya tak boleh jalan. Saya memang ada kencing manis and darah tinggi. Tapi saya xde sakit jantung. Mcm mne saya boleh sakit kaki camni doktor!! "
Tanpa lengah. Terus terjah masalah utama.
Terkejut Adam. Muka separa hidup. Mata separuh buka. Tidur nya sememangnya tidak cukup. Perutnya sentiasa lapar. Kudratnya dihujung waktu.
" sakit kaki mcm mne. Boleh tunjuk saya" Adam cuba utk memujuk.
" sakit laa doktor. Ko xpaham ke sakit!!!. Nak tanya tanya apa lagi. Aku nk diri pon xboleh ni. Xyah laa tnya soalan2 bodoh cmni. Ko yang doktor. Aku ni org sakit !!!"
Merah padam muka pakcik. Nafas laju. Silap hari bulan, mungkin sahaja dia libas tangan ke arah doktor
" ko belajar pandai2. Tanya soalan bodoh!!!!" masih tidak putus asa. Terus maki.
Diam sahaja Adam. Wajahnya masih tenang. Menggunakan teknik pemerhatiannya sepenuhnya. Kata kata Adam sememangnya tidak laku untuk pesakit sebegini.
Adam masih mencuba. Mencuba untuk memberikan perkhidmatan perubatan yg terbaik. Dia masih yakin pakcik dtg kerana ada masalah. Bukan utk melepaskan marah dan maki.
" Saya nk tnya. Tapi pakcik janji jn jerit2. Jgn marah2. Saya disini hanya untuk bantu pakcik. " Adam masih mencuba
Pakcik angguk. Berat dia setuju. Wajah bengis masih tidak hilang.
"Pakcik pakai kasut saiz berapa?"
" Lapan" ringkas tapi penuh tanda tanya. Masih nak tanya soalan bodoh lagi?
" ohh. Dah tu knp pakcik pakai kasut anak pakcik ni. Kasut nk saiz 6"
...
Tidurnya masih tidak cukup. Matanya masih separa buka. Perutnya masih tidak di isi.
Adam terus mencuba
"Next patient please..."
#ApaLagiYangKamuMahu
May 11, 2017
Motivated
" patient is alert and motivated"
Bos aku selalu suruh aku explain apa maksud aku.
" ... and motivated "
Utk seorang yg sakit. Terlantar di hospital. Kiri kanan ada branula. Di sambung dgn IVdrip atau IV antibiotic.
Demam. Badan lenguh2. Batuk. Sakit dada. Nk bangun pun tak larat.
Sesuap nasi. Sesudu sup ketam. Seteguk air isotonik.
Semua tak mampu!
Setiap pagi. Pasukan perubatan. Yg diketuai specialist. Diiringi abg2 and kakak2 mo. Terkebil2 adik2 ho cuba mengejar gerak langkah laju specialist. Cuba utk memastikan pesakit menerima bantuan/rawatan perubatan yg terbaik
" makcik kena cuba bangun ke. Duduk. Jgn baring aje. Cuba laa makab sikit. "
" byk ubat makcik kena makan ni. Jgn tak nk makan ubat k "
" saya tahu makcik baru lepas operate tp kna buat physio. Mmg susah tapi utk kebaikkan makcik"
Untuk kebaikan kamu.
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS. 3:139)
Alexumar is alert and motivated
Satu langkah
May 1, 2017
Jan 1, 2015
31/12/14
7am : 4 org
11am: 1 org
Satu org dlm ward utk cater smua plan.
Benda nak jadi.
Bukan selalu kna buli.
Bukan selalu balik lmbat
Bukan selalu tak dpt jmp hanan.
Bukan. Selalu!
" apa lagi yang kamu mahu?"
(Read More..)






